Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Sunday, 24-May-2009 13:14
Hujung Minggu Di POGH




Cuti hujung minggu ini saya habiskan di Palace Of The Golden Horses (POGH). Bukanlah saya sengaja nak menghabiskan duit di situ atau kerana tibatiba jadi kaya kerana boleh duduk hotel mewah, tetapi saya mendudukinya secara percuma! Saya sebenarnya menjadi ahli kelab percutian POGH. Menjadi ahli kelab saya bukan sahaja boleh menggunakan kemudahan POGH tetapi juga boleh menginap di hotel-hotel yang menjadi partner POGH bukan sahaja di dalam negara bahkan juga di luar negara. Dalam setahun saya akan mendapat kemudahan penginapan percuma selama 7 hari dan satu hari daripadanya adalah menduduki bilik Presidential Suite. Bagi bilik lain, saya mendapat dua buah bilik setiap kali menginap. Jadi tak perlulah saya anak beranak bersesak dalam sebuah bilik. Selain penginapan, saya dan keluarga boleh juga menggunakan kemudahan lain pada bila-bila masa seperti pemeriksaan kesihatan di Health Sanctuary POGH, kolam renang serta gymnasium.

Anak-anak saya pun sebenarnya lebih suka nak ke kolam renang. Biasanya saya bawa ke KLCC yang penuh sesak. Kali ini dapatlah mereka main air dalam suasana yang agak tenang. Sempat juga kami naik water taxi dari hotel merentasi tasik ke MINES Shopping Fair. Sebenarnya bagi ahli, tingkat empat dikhaskan untuk mereka. Terdapat juga satu ruang santai yang besar dan cukup ekslusif yang boleh digunakan oleh ahli beserta saudara mara atau sahabat handai mereka. Ini bermakna jika ahli nak buat majlis keramaian yang ekslusif atau sekadar nak berkumpul dengan kawan-kawan sambil menonton bolasepak, ahli boleh menggunakannya pada bila-bila masa.

Tak rugi rasanya menjadi ahli kelab ini memandangkan kontrak yang ditawarkan adalah selama 38 tahun, bermakna (Insya Allah jika panjang umur) lepas pencen pun saya masih sempat merasa kemudahannya. Atau jikalau ahli tak mahu menggunakan kemudahan penginapan mereka dan mahu menghadiahkannya/menjual kepada kawan-kawan mereka yang memerlukan bilik, mereka boleh melakukannya.

Jikalau ada sahabat yang berminat, boleh forwardkan nama penuh beserta no handphone kepada saya untuk saya berikan kepada pengurusan kelab. Mereka nanti akan menghubungi anda dan mempelawa anda melihat terlebih dahulu kemudahan yang ada di hotel sebelum anda membuat keputusan. Berminat, apa lagi….





© Pidgin Technologies Ltd. 2008.