Haritu saya bawakan anda aksi bolasepak. Kali ini saya bawakan pula aksi bola jaring. Sebenarnya kedua-dua permainan ini melibatkan anggota saya. Setiap hari Rabu merupakan hari untuk bersukan. Setakat ini program sukan berjalan dengan lancar dan terisi. Kedua-dua perlawanan sukan, bolasepak dan bola jaring, yang dipaparkan merupakan perlawanan persahabatan yang diadakan dengan pihak luar terutamanya penduduk di sekitar kawasan pejabat kami. Selain dari mengeluarkan peluh dapat juga mengeratkan perhubungan dengan penduduk setempat. Saya percaya cergasnya kegiatan sukan ini kerana adanya anggota saya yang berkebolehan mengelolakan acara sebegini dan dipadukan lagi kerjasama baik anggota-anggota yang lain. Besarlah harapan saya agar semangat sebegini akan berterusan sampai bila-bila sehingga ke generasi Maritim Malaysia yang akan datang
Pasukan DM4 bersama pasukan Flat Seri Bahtera
Sempena dengan terdapatnya beberapa kerat manusia yang tak sedar diri dengan kekejaman komunis, saya persembahkan 'Jejari Mentega' ini untuk hiburan bermaklumat anda.....
* http://www.youtube.com/watch?v=Gbte1gEde-4