Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Monday, 8-Aug-2011 00:30
Meneropong Anak Bulan


Sewaktu catatan ini ditulis, umat Islam di Malaysia telah masuk 7 hari berpuasa. Alhamdulillah setakat ini hamba bersyukur kerana dapat berpuasa dengan baik. Bimbang juga bagi hamba yang ada diabetes ini takut tiba-tiba mengalami hypoglisemia akibat kekurangan gula dalam tubuh. Inilah susahnya orang ada penyakit ini,terlebih gula dalam tubuh jadi merbahaya, terlalu kurangpun jadi merbahaya juga.

Pada hari melihat anak bulan minggu lepas, hamba berkesempatan ke Baitul Hilal, Teluk Kemang, Port Dickson, tempat mencerap anak bulan di Negeri Sembilan. Sebenarnya Baitul Hilal yang ada sekarang masih belum siap 100% lagi dan masih dalam pembinaan. Ia menggantikan Baitul Hilal lama yang hanya diperbuat daripada kayu. Jabatan hamba bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan membangunkan semula Baitul Hilal ini. Berhadapan Baitul Hilal ni juga sedang didiran sebuah hotel 3 bintang. Ia juga hamper siap, tinggal sedikit touch up dan memasukkan perabot. Kedua-dua projek ini adalah di bawah nama wakaf, dan ia dijangka akan menjana ekonomi umat Islam khususnya pihak Majlis apabila ia siap nanti.



Jabatan hamba – JAWHAR, bukan sahaja bekerjasama dengan pihak N9 dalam pembinaan hotel wakaf ini, bahkan terdapat lagi beberapa negeri yang sedang rancak dan hamper siap pembinaannya seperti di Melaka, Taiping dan Kuala Terengganu. Melalui Yayasan Wakaf Malaysia pula beberapa bazaar Wakaf Mart sedang dibina. Satu antaranya yang telah siap dan telah beroperasi terletak di Masjid Kariah Taman Panchor Jaya, Seremban. Ia sebuah kedai yang dibina dalam kawasan masjid. Harganya agakmurah dan kompetitif. Kalau air mineral botol kecil dijual dengan harga RM0.39 tak murah ke namanya tu!!

Oh ya, semasa melihat anak bulan di sini minggu lalu, kawasan PD tidak dapat ‘menangkap’ anak bulan memandangkan kedaannya yang berawan dan menutup pandangan teleskop. Peralatan pun dah semakin cangih nampaknya dan tidak hanya bergantung kepada teodolite yang biasa kita Nampak digunakan semasa orang mengukur jalan atau tanah.

Fasa Ramadhan yang pertama hampir ke penghujung. Masa cukup pantas berlalu, sedar tak sedar iameninggalkan kita. Dengan baki yang ada cubalah rebut peluang setakat mana yang mampu. Apa yang penting ia perlu ikhlas dan istiqamah. Insya Allah ada keberkatan dan ada ganjaran. Redha Allah kita cari!!


© Pidgin Technologies Ltd. 2016