Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Sunday, 13-Nov-2011 08:13
Peramian Hotel Pantai Puteri, Melaka


Rasanya inilah tempoh paling lama hamba membiarkan ruang fp ini sepi tanpa mencalitkan apa-apa. Bukanlah niat hamba untuk membiarkannya begitu sahaja, tetapi banyak benar perkara yang berlaku di antara tempoh waktu ini yang begitu menguji diri hamba sehingga hamba tidak berupaya untuk meneruskan legasi ruang ini seperti biasa. Kerinduan hamba pada kamera pada kamera juga terpaksa hamba pendamkan seketika bagi memulihkan diri, dalaman dan luaran, sehingga hamba benar-benar berupaya untuk bangkit kembali.

Alhamdulillah, semuanya ujian Allah buat hamba-Nya yang lemah ini. Sesukar manapun ia, tidak boleh tidak harus hamba harungi jua. Sesukar manapun, bukan boleh hamba serahkan ia pada orang lain untuk menanggungnya, bahkan diri ini jualah yang harus gigih mengatasinya.



Kali ini hamba paparkan beberapa gambar yang hamba ambil sekitar majlis Perasmian Hotel Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka yang telah disempurnakan oleh SPB YDP Agong pada petang Jumaat 11.11.11 yang lalu. Ia merupakan satu projek khas JAWHAR dan MAIM di atas tanah sebuah tanah waqaf. Antara sekian banyak hotel waqaf yang dibangunkan JAWHAR bersama beberapa Majlis Agama Islam Negeri, hotel inilah yang pertama kali beroperasi.



Pembangunan hotel di atas tanah waqaf ini dilihat sebagai satu cara untuk membangunkan tanah waqaf orang Islam serta memberikan nilai ekonomi kepadanya. Selama ini harta waqaf dilihat hanya terhad kepada pembinaan masjid serta tanah perkuburan sahaja. Melalui cara ini ia bukan sahaja dapat menjana ekonomi umat Islam memalui MAIM, ia juga memberikan peluang pekerjaan kepada orang Islam serta serta contoh pengurusan hotel yang mematuhi syariah.



Harus hamba akui, tidak memegang kamera buat beberapa tempoh masa membuatkan hamba kadangkala cuai dari segi setting yang sesuai digunakan untuk indoor dan outdoor. Sehingga ada gambar yang terhasil begitu mendukacitakan seperti overexposed walaupun berjaya mendapat angle yang cantik. Sementelahan majlis sebegini memerlukan kecekapan memandangkan hamba tidak boleh menyuruh mereka posing buat hamba. Cuma untuk mendapatkan shot terbaik buat Agong agak sukar. Sukar kerana bodyguardnya yang kerap menghalang jurugambar dari melaksanakan tugas mereka. Maaflah, bagi hamba bodyguard Agong tidak mesra rakyat. Hamba rakyat bukannya nak membahayakan nyawa sultan mereka. Lagipun jurugambar yang ada hari itu tidaklah seramai mana. Tolonglah jangan buat kami umpama menyuraikan para penunjuk perasaan di sebuah perhimpunan haram. Sepertimana anda menjalankan tugas, kami juga melakukan perkara yang sama. Arahan pada anda adalah menjaga keselamatan Agong, bukannya menghalang tugas orang lain!!



© Pidgin Technologies Ltd. 2016