Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Friday, 9-Dec-2011 07:16
Winter Sonata Di Kuala Lumpur


Seorang sahabat yang bertanya khabar akan tulisan hamba di fp ini membuatkan hamba cuba sedaya upaya melawan virus malas yang mula menyerang. Bukan apa, semangat tu makin hilang rasanya, lebih-lebih lagi bila melihat ramai rakan yang bersama dalam fp dulu kini telah pencen dari fp mereka, sama ada berpindah ke laman baru ataupun sudah seronok dengan fb pula. Buat hamba pula terasa saying juga nak tinggalkan fp ini memandangkan sudah agak lama hamba berkarya di sini.

Baru-baru ini sahabat hamba dari Korea Selatan turun ke KL atas urusan rasmi. Beliau yang bertugas dengan Central Officials Training Institute (COTI) turun mengiringi Presiden COTI yang melakukan beberapa urusan terutamanya dengan JPA. Hamba kenal beliau sewaktu berkursus di sana beberapa tahun yang lalu di mana beliau merupakan salah seorang urusetianya. Sahabat- sahabat yang bersama hamba sejak dulu tentunya masih ingat akan beberapa siri entry lawatan hamba ke Korea dulu. Beliau merupakan orang pertama yang menegur hamba di airport Incheon apabila melihat hamba mengklik-klik dengan Olympus e-500 di sekitarnya. Rupanya kemudian hamba tahu bahawa dia juga meminati fotografi dan menggunakan D200 yang dianggap power pada masa itu (sekarang pun power juga lagi).

Hamba pernah berpesan kepadanya dulu andainya beliau datang ke KL satu hari nanti sila maklumkan pada hamba agar dapat pergi menembak bersama. Dalam kesibukan tugas beliau sempat mencuri sedikit masa lapangnya untuk pergi menembak bersama hamba. Peluang itu hanya diperolehi pada hari terakhir beliau di sini. Itupun masanya juga sempit memandangkan beliau mempunyai satu acara yang perlu dihadiri sebelah petang sebelum terus bertolak pulang selepas itu. Namun memadailah bagi hamba.

Hanya dua tempat sahaja sempat hamba bawanya iaitu di KLCC dan sekitar kawasan bersejarah dari Dataran Merdeka sehingga ke Pasar Seni. Dah la hamba ni tak berapa fasih jalan di KL, berpusing juga la 2-3 kali bila tak jumpa sesuatu jalan. Apapun hamba harap sahabat hamba itu berpuas hati dengan lawatan singkat tersebut. Kalau boleh hamba nak menembak lagi di Korea, tapi ntah boleh atau tidakā€¦..

© Pidgin Technologies Ltd. 2016